CORPMART Sdn Bhd, Pemaju portal Internet corpmart.com.my, mensasarkan akan mempunyai 20,000 syarikat yany terbabit dalam industri kecil dan sederhana (IKS) sebagai anggotanya dalam enam bulan akan datang.

“Apabila menjadi anggota, syarikat berkenaan boleh memulakan perniagaan elektronik tanpa kos permulaan, kos pemasangan atau kos penyelenggaran,” kata Ketua Pegawai Operasi Corpmart Kevin Loh di pelancaran portal itu di Kuala Lumpur, minggu lalu.

Pada upacara itu, Corpmart memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Oracle System Malaysia Sdn Bhd untuk menjadi rakan teknologi pelancaran portal berkenaan.

Loh berkata Corpmart akan menyediakan perkhidmatan Internet dan Intranet kepada para anggotanya. Anggota sasaranya ialai syarikat kecil dan sederhana.

Buat masa ini, tiada bayaran dikenakan bage syarikat IKS menjadi anggota.

Bagaimanapun, bayaran tertentu mungkin akan dikenakan apabila ia memperkenalkan lebih banyak perkhidmatan nilai ditambah pada masa depan.

Firma itu juga bercadang untuk mempunyai portal versi Bahasa Malaysia bulan depan. Portal corpmart.com.my kini mempunyai versi Bahasa Inggeris dan Cina.

(Source: Berita Harian, 24th May 2000)